Belum sempat kami masuk kedalam rumah ustaz tu lagi, ustaz tu dah menggeleng kepala dan mulutnya kumat kamit membaca sesuatu,Aku hanya hiraukan itu.Tidak lama selepas itu salah seorang daripada kami kerasukan,badannya meronta-ronta minta dilepaskan,aku...hanya memerhati dari jauh,matanya merah dan menakutkan.Mata merah itu melihat tepat pada mata aku dan dia berkata "Kau...aku mahukan jasad kau! Berikan jasad kau kepada aku!" Katanya dengan suara yang garau dan menakutkan dan aku berkata "Apa yang kau mahukan dari aku?! Aku tiada apa²!" Jeritku dengan ketakutan, seperti hanya ada dia dan aku di situ "Sebab kau cantik...kau sangat cantik... seperti aku waktu muda dahulu...kau tak kesiankan aku?" Katanya dengan nada yang mula lembut tetapi aku tahu, itu hanya dusta "Aku tak mahu berikan jasad aku kepada kau!" Kata ku tegas tetapi masih ada rasa gementar "Kau...manusia jahanam! Kau sudah ambil jiwanya! Kau sudah ambil JIWANYA!" katanya dengan nada yang garau sebelum jatuh pengsan "Allah....apa yang kamu dah lakukan ni?" Tanya ustaz itu "Saya tak ada buat apa-apa ustaz...saya sumpah" kata ku dengan penuh yakin "Jangan sampai sumpah makan diri,nak..." Kata ustaz itu lagi,aku mula hairan...setahu aku,aku tidak pernah melakukan atau mengambil apa-apa dari seseorang...apalagi...'Jiwa' atau 'Nyawa' seseorang itu.
Beberapa hari berlalu,badan ku mula lemah dan aku tiada upaya untuk hidup,aku letih,mimpi buruk mula menghantui aku.Aku berfikir sebaiknya aku mati saja...sebaiknya aku berikan jiwa aku kepada iblis atai syaitan itu,tapi kata ibuku,itu hanya tipu daya syaitan atau iblis untuk buat aku bersekutu dengan mereka,jika aku berikan jiwa aku kepada mereka,maka aku... sudah terlibat dengan dunia mereka.aku tak mahu,aku tak mahu syirik...setiap kali aku mahu solat ada saja gangguan yang aku dapat.
Suatu hari sewaktu aku mahu solat,ada seseorang yang tiba-tiba mendorong ku dari belakang,dan bodohnya aku menoleh...aku lihat ada sosok hitam tinggi sedang menunggu aku di bawah katil,aku menjerit sekuat hati.Ibu bapaku mula memasuki kamar tidur ku dengan wajah yang bimbang dan bertanya "Kenapa?! Kenapa?!" Tanya Ayah ku kepadaku dan aku menjawab di dalam tangisan "Ada sesuatu di bawah katil kakak!" Kata ku dan ayah ku langsung menuju ke katil ku dan melihat di bawah katil dan berkata "Tiada apa-apa di sini...mungkin kamu hanya kepenatan" kata ayah ku...tetapi aku masih melihat sosok itu di bawah katil,sedang senyum kepadaku.